Sabtu, 23 Oktober 2010

Misteri Penemuan Patung Arca Di Bulan

Dari sebuah catatan saintis yang baru sahaja dikaji dan telah membuktikan bahawa bulan pernah dihuni oleh kehidupan. Hal itu dibuktikan dengan penemuan sebuah arca 10 inci di atas batu karang bulan.





“gambar patung diatas telah menggugah rasa ingin tahu kita. Lebih dari itu, arca itu juga menunjukkan dari seni yang indah dari orang-orang yang membuatnya,”kata Dr.Charles kepada reporter.

Arca yang disebutkan sebagai “Angel” atau bidadari itu dibuat dari kombinasi besi khas. Angel adalah arca bersusuk perempuan memiliki sayap di bahagian belakang dan rambut yang panjang.


Ada kemungkinan juga arca angel berasal dari planet lain. Berdasarkan analisis kimia logam, pakar Geologi menduga bahawa arca itu berusia lebih dari 200 000 tahun lalu, yang bererti kemungkinan ia dibuat sebelum 170 000 tahun manusia muncul di bumi.





Dr. Miles Fredericks dari Universiti New York menyebutkan teori tentang legenda orang Sumeria yang menyebut Annunaki, dewa-dewa bersayap, yang berasal dari abad 18 SM. Mungkin orang Sumeria pernah dikunjungi oleh penghuni bulan, yang susuknya dijadikan imej dari arca Angel.

Walaupun banyak yang memikirkan misteri Angel tetapi mengapa rahasia itu disimpan begitu lama. “Artifak ini telah menjadi rahsia umum oleh NASA selama bertahun-tahun. Tetapi pejabat tertinggi NASA menyimpan rahsia ini untuk mencegah kepanikan dunia. Saya sendiri mendapat rahsia dari orang yang identitinya dirahsiakan,”kata Dr.Charles.

Secara rasminya NASA membantah laporan Dr.Charles. 
Arca itu telah dipamerkan pada photographer dan wartawan di sebuah tempat tertutup.

3 ulasan:

tgsaqura berkata...

..arca tu terlepas dari bumi kot..hihihi

p/s:..klu btol la teori yg mgatakan ia dari planet lain,x terbayang lak mcm mne makhluk2 tersebut..mcm alien ker??

Zulfahmi Abidin berkata...

haha....tah2 superman bawak pegi bulan..mat saleh nie tak abes2 berbohong lah.

mfrozy92 berkata...

benda ni dirahsiakn pihak NASA,.
bnyk yg dyowg tpu kt ktew,..

Blogged.my