Khamis, 7 Oktober 2010

RM800,000 UNTUNG BERSIH DARI EBAY

. Salah satu segmen yang menarik dalam siaran Ek Eleh! adalah mengenai seorang usahawan internet yang boleh dianggap berjaya dengan hasil jualan melalui laman eBay.
Dalam wawancara ringkas tu individu yang dimaksudkan, Carol Fong menjelaskan dia mula berjinak dengan perniagaan jual beli barang melalui eBay sejak tahun 2003 bila dia berminat dalam bidang sulaman.
Dari temuramah tersebut, di antara produk yang dijual oleh Carol Fung adalah double sided tape dan juga riben. Dan bila ditanya lagi oleh Afdlin Shauki berapa sebenar pendapatan yang diperolehinya Carol Fung menjelaskan sejak tahun 2003 pendapatan bersihnya sudah mencatatkan lebih kurang RM800,000.00.
Sungguh mengagumkan, dalam tempoh tidak sampai 10 tahun berniaga di internet sudah mampu mencatat keuntungan sebanyak itu, yang lebih best lagi produk double sided tape tu pun boleh jugak jana pendapatan yang sungguh lumayan.
Peluang menjana pendapatan melalui internet ni terbuka dengan luas sekali, tidak perlukan kos operasi yang tinggi seperti sewa kedai, gaji pekerja dan sebagainya, cukup dengan usaha sendiri.
Usaha dan cara perniagaan internet macam Carol Fung ni memang elok dijadikan contoh untuk berjaya, jelas ada unsur jual belinya. Lebih elok dari dok join perniagaan yang tidak tahu apa barang yang sebenar di jual, produk ke atau sistem piramidnya.

Tiada ulasan:

Blogged.my