Rabu, 20 Oktober 2010

Tentera Amerika Syarikat VS UFO
















Lima tahun sebelum insiden Roswell,lima tahun sebelum perjumpaan pilot kenneth Arnold dengan UFO dan 10 tahun sebelum projek blue book dijalankan,sebuah peristiwa penting telah terjadi di Los Angeles,iaitu pertempuran antara UFO dengan jet pejuang Amerika Syarikat.insiden ini dikenal sebagai "THE Battle Of Angeles"

24 Februari 1942..

Jam 19.18
Militer Amerika mengeluarkan peringatan merbahaya.Kerdipan cahaya terang yang tidak dikenal telah dikesan di pangkalan militer.

25 februari 1942..

Jam 01.44
Radar Militer mengesan pergerakan benda terbang yang tidak dikenali.Sesaat kemudian,objek asing tersebut telah hilang dari pantauan radar.

Jam 02.00
Radar kembali mengesan objek asing sekitar 120 KM dari pantai California.Objek itu terus dipantau oleh radar hingga 3km menuju ke Los Angeles

Culver City,Los Angeles,Jam 02.01
Para penduduk bandar merasa panik,malam itu ada sebuah objek terbang raksasa dan diiringi objek2 kecil dilihat di atas memenuhi langit.Masa tu, belum genap tiga bulan penyerangan Jepun ke Pearl Harbor.Para penduduk risau Culver City akan diserangi musuh.

Jam 02.25

Suara siren terlaung di seluruh  Los Angeles.Kerajaan setempat segera meminta penduduk Culver City untuk berlindung didalam rumah dan mematikan semua penggunaan lampu.Ribuan tentera juga diperintahkan untuk bersiap sedia.

Jam 03.16
Brigade 37 artileri tiba di Culver City.Lampu-lampu gergasi segera diarahkan menyuluh keatas langit untuk mencari objek yang misteri itu.Terlihat sebuah pesawat raksasa sedang menggantung diam seperti sebuah lantera.Brigade 37 mula melepaskan tembakan kearah objek misteri tersebut.Suara bising tembakan telah memecahkan kesunyian pagi.Sekitar 1400 peluru anti pesawat ditembak secara menerus tetapi pesawat misteri itu tidak goyah sedikit pun.


















Jam 04.14
Tembakan brigade 37 terus dilepaskan. Tembakan sudah dilancarkan hampir satu jam dan belum ada tanda-tanda kerosakan pada pesawat misteri tersebut. Kemudian, secara perlahan-lahan, pesawat itu beserta iringannya bergerak menuju Long Beach dan menghilang.

Jam 7.21
Kerajaan setempat segera memerintahkan penyalaan lampu. Pada pagi itu terlihat beberapa gedung rosak akibat pertempuran singkat itu. 3 penduduk mati akibat terkena peluru sesat dan 3 lainnya meninggal terkena serangan jantung akibat ketakutan.




















Insiden ini memenuhi halaman utama surat khabar di seluruh Amerika Syarikat. Seorang wartawan Los Angeles Herald Express mengatakan bahawa ia melihat peluru anti pesawat yang dilepaskan mengenai pesawat itu. Namun pesawat itu tidak mengalami kerosakan sedikitpun.

Editor surat khabar yang sama bernama Peter Jenkins berkata,"Saya telah melihat dengan jelas farmasi berbentuk V yang terdiri dari sekitar 25 pesawat bergerak secara perlahan melintasi langit menuju Long Beach."

Beberapa jam setelah pertempuran itu berakhir, Pemimpin angkatan laut Frank Knox mengatakan bahawa keseluruhan insiden ini adalah "alarm palsu" yang muncul akibat "persediaan perang". Pihak pers tidak boleh menerima begitu saja penjelasan ini. Sepertinya ada sesuatu yang disembunyikan.

pimpinan angkatan darat dengan mengatakan bahawa pesawat asing itu benar-benar ada dan pertempuran itu nyata. Hari berikutnya, menteri urusan perang, Henry Stimson, mendukung pernyataan Angkatan darat. Stimson mengatakan bahawa ada 15 pesawat asing yang terlihat bergerak dengan kepantasan sekitar 200 km perjam.

Misteri "The battle of Los Angeles" tidak boleh dijelaskan hingga hari ini. Beberapa teori coba dikemukakan untuk menjawab identiti pesawat misteri tersebut. Misalnya, pada 23 Februari 1942, sehari sebelum insiden itu, sebuah kapal selam Jepun I-17 diketahui muncul di permukaan dan menembak pemrosesan minyak di Santa Barbara. Laporan yang masuk menyatakan bahawa kapal selam itu kemudian menuju selatan, sama dengan arah Los Angeles. Kemungkinan pesawat misteri itu adalah pesawat tempur Jepun.

Namun saat Jepun kalah pada perang dunia kedua, mereka mengatakan tidak pernah mengirim pesawat tempur menuju Los Angeles.

Teori yang lain mengatakan bahawa pesawat tersebut adalah sebuah pesawat komersial yang dioperasikan oleh musuh dan diterbangkan dari pangkalan udara rahsia di Mexico, bukan untuk menyerang, tapi sebagai alat perang psikologi. Teori ini tidak mendapat bukti yang kuat.

Kemudian, sebahagian orang mengemukakan teori balon udara. Mereka mengatakan bahawa Pesawat misteri itu adalah sebuah balon meteorologi yang dilepaskan di wilayah Los Angeles. Namun teori ini juga tidak mendapat dukungan bukti yang kuat. Para saksi mengatakan bahawa objek di langit bukan hanya satu. Angkatan darat mengatakan ada 15 objek yang terlihat. Dari antara 15 objek itu, beberapa bergerak sangat pantas melebihi kepantasan belon udara.

Mungkin, ada satu petunjuk kecil yang boleh membuka kunci keseluruhan misteri ini. Pada tahun 1974, berdasarkan undang-undang kebebasan maklumat, beberapa dokumen rahsia pemerintah dibuka untuk umum, salah satunya adalah sebuah dokumen sangat rahsia 5 Mar 1942, 10 hari setelah insiden "the battle of Los Angeles".

Dokumen itu adalah sebuah memo dari tentera Amerika, Jendral George C Marshall yang ditujukan kepada presiden Franklin D Roosevelt. Isinya memberitahukan bahwa tentera Amerika telah menemukan pesawat yang luar biasa di sebelah timur Los Angeles. Memo ini diteguhkan dengan pernyataan badan intelijen angkatan laut, laksamana Walter S Anderson yang juga mengatakan bahawa angkatan laut telah menemukan bangkai pesawat lain yang tidak dikenal pasti terlepas di pantai California. Memo itu tidak disertai penjelasan tambahan.

Menurut sumber intelijen Amerika, misteri bangkai pesawat asing ini telah memacu Jendral Marshall untuk memerintahkan pembentukan unit intelijen khas untuk penyelidikan insiden di Los Angeles. Unit itu bernama Interplanetary Phenomenon Unit atau IPU (Perhatikan mereka memberi nama unit itu "interplanetary"). IPU dibubarkan pada akhir tahun 1950-an. Seperti biasa, pemerintah Amerika Syarikat menyangkal kaitan antara pembentukan IPU dengan insiden Los Angeles.

Apabila memo diatas benar, maka itu bererti 5 tahun sebelum peristiwa Roswell, pemerintah Amerika telah berhasil mendapatkan bukti pertama adanya UFO. Mungkin 1.400 peluru anti pesawat yang dilepaskan memang telah berhasil menjatuhkan dua dari antaranya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keja freemanson...nenek aku leh buat mangkuk terbang ni...

mfrozy92 berkata...

ish2,.
yekerr nenek ley wat,,
huhuhuu

Blogged.my