ini la dikatakan model baru Proton untuk tahun 2010. Rasanya ini merupakan prototype la. Entah jadi buat ke tak?Apapun model ni terlalu sporty dan harga sah sporty jugak.Rasanya bawak kat jalan-jalan kat Malaysia ni,boleh nipis lantai dia.Agak-agak berapa harganya kalau dijual?RM 100,000 atau RM 1 juta !!!!
Ini baru model yang terbaru 2010 iaitu proton inspira. Atas tu model angan-angan jer.
Inilah wajah baru Proton Inspira yang nampak begitu menarik dan diubahsuai dari model Mitsubishi Lancer. Nampaknya Malaysia bakal meneruskan kesinambungan kerjasama dengan pengeluar kereta Jepun dimana kedua-dua pengeluar kereta nasional Perodua dan Proton saling copy dan paste kenderaan-kenderaan dari Jepun. Adakah kita tiada kreativiti langsung untuk merekabentuk kereta. Atau ini merupakan jalan mudah untuk menambah model baru. Bila agaknya nak dapat 100% rekabentuk tempatan? Replacement model ini bakal dijual pada harga RM70,000-RM80,000 yang mana saya fikir sangat sesuaila dengan kemampuan orang kita. Saya harap tahun ke hadapan ini Proton dan Perodua dapat mengeluar model yang unik ciptaan anak Malaysia dengan nama yang lebih keMalaysiaan.
Ini pula model baru Proton EMAS. Katanya menang anugerah yang mesra alam. Bila la diorang nak keluarkan model ni, tahun 2010 juga kot?
1 ulasan:
yang EMAS tu smart.
;D
Catat Ulasan