Jumaat, 12 November 2010

Jual Bayi Untuk Membeli Handphone

Setelah marak dengan berbagai kes perdagangan manusia, kali ini terulang lagi. Pasangan muda Zhang Yao dan suaminya Xin yang tinggal di daerah pemukiman kota Chongqing, rela menjual anak pertama mereka kepada orang lain demi telefon bimbit.



Tetapi wang dari penjualan anak tersebut digunakan hanya untuk membeli Handphone keluaran terbaru yang mampu memberikan akses Internet 24 jam. Sungguh ironis, kedua pasangan tersebut sudah kecanduan dengan dunia maya. Dunia maya pula yang menyatukan mereka berdua.

Walaupun sudah mendapatkan wang dan membeli Handphone tersebut, hasrat Zhang Yao sebagai seorang ibu muda tergugah. Baginya akan lebih bererti hidupnya jika boleh membesarkan darah dagingnya sendiri. Mereka pun akhirnya melaporkan kepada polis tentang penjualan anak tersebut.

Zhang Yao dan Xin menjual anak mereka kepada seorang penadah sebesar 2,500 yuan atau setara dengan $366. Kemudian penadah tersebut menjual anak mereka kepada pihak lain sebesar 10,000 yuan ($1,464). Setelah mengalami berbagai proses, akhirnya Zhang Yao dan Xin boleh memperoleh kembali cahaya mata mereka, tetapi mereka berdua juga akan terkena kes peradilan berkaitan dengan penjualan manusia.


Tiada ulasan:

Blogged.my