Selasa, 11 September 2012

Peminjam PTPTN Ijazah Kelas Pertama tidak perlu membayar pinjaman



Berita baik bagi graduan yang mendapat Ijazah Kelas Pertama sehingga disember 2011 kerana, mereka dikecualikan daripada membayar balik baki pinjaman PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Dalam erti kata lain pinjaman itu transform menjadi biasiswa dan ini telah membuat seramai 11764 pelajar yang layak dikecualikan daripada membayar PTPTN tersebut tersenyum dan berbangga dengan usaha dan pencapaian mereka yang telah membuahkan hasil yang membantu mereka mendapatkan biasiswa secara tidak lansung.
Daripada jumlah tersebut, seramai 8818 pelajar adalah terdiri daripada keturunan cina, 2347 pelajar terdiri daripada keturunan melayu, 456 pelajar terdiri daripada keturunan india, 50 pelajar terdiri daripada keturunan bumiputera sabah, 34 pelajar terdiri daripda keturunan bumiputera Sarawak dan 59 pelajar yang berketurunan lain-lain
Daripada jumlah 887376 orang pelajar, sebanyak 742924 atau 83% sedang membayar balik jumlah jeseluruhan pinjaman mereka. Manakala baki 17% yang masih belum membuat pembayaran PTPTN mungkin menghadapi masalahpekerjaan ataupun baki PTPTN yang sudah terkumpul terlalu banyak sehingga mereka merasakan mereka tidak mampu untuk membayar lagi.
Namun demikian, tiada maklumat lanjut mengenai penguatkuasaan pengecualian pembayaran setakat ini.
Bagi pelajar yang inginkan pengecualian bayaran balik atau pembiayaan bagi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama, mereka haruslah mematuhi kelayakan dan syarat-syarat permohonan iaitu:
  • Terbuka kepada pelajar-pelajar IPTA & IPTS peringkat Ijazah Sarjan Muda yang mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama (bagi pelajar IPTS – terhad kepada pelajar yang mengikuti kursus yang mendapat sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Pelajar-pelajar yang diluluskan permohonan sebelum 1 Julai 2005 masih layak untuk mendapat pengecualian bayaran balik dan tiada tarikh tutup permohonan bagi tajaan di atas.
  • Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjan Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan Kelulusan Senat dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak dipertimbangkan pemberian intensif penukaran pembiayaan pendidikan kepada biasiswa:
a)     Mengikuti kursus secara sepenuh masa
b)     Berjaya dalam menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah  ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN
c)     Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN    dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.
d)     Kursus yang diikuti oleh pelajar di IPTS telah memperolehi Sijil Perakuan   Akreditasi daripada Agensi Kerajaan Malaysia (MQA)
Secara kesimpulannya dapatlah disimpul bahawa pemansuhan pinjaman ini kepada mereka yang mendapat Ijazah Kelas Pertam ini dapat member inspirasi dan motivasi kepada ramai pelajar di luar sana untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan tekun lagi emi mendpat kebebasan daripada harus membayar balik pinjaman PTPTN mereka.
Kesungguhan mereka bukan sahaja bermanfaat untuk membebaskan diri daripada beban hutang, malah mereka juga akan menikmati masa depan yang cerah dengan mendapat pekerjaan yang bagus ekoran daripada kejayaan yang mereka perolehi.
Mereka yang belum mendaftar sebagai peminjam juga akan berasa tertarik untuk membuat pinjaman untuk menyahut cabaran untuk mendapat Ijazah Kelas Pertama sekali gus menukar status pinjaman PTPTN kepada status biasiswa.
Blogged.my