Jumaat, 28 September 2012

KELEBIHAN MEMBACA

MEMBACA MEMBERI MANFAAT


Assalamualaikum.....dan salam kebahagiaan kepada pencinta buku dan yang dahagakan ilmu dengan membaca.Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca.Membaca adalah sangat penting kepada kita kerana membaca memberikan ilmu tambahan kepada kita tanpa kita sedari.walaupun kita telah dilimpahkan dengan pelbagai ilmu di sekolah mahupun di mana2 sahaja majlis ilmu,tetapi membaca adalah berbeza dengan ilmu yang diberi secara lisan.


     Apa yang berbeza?ilmu yang kita perolehi dengan belajar di sekolah mahupun majlis ilmu dengan membaca adalah sama.Perkara yang membezakan adalah kaedah kita memdapatkan ilmu tersebut.Ilmu yang kita perolehi dengan hanya mendengar dan menerima membataskan kita untuk mendapatkan ilmu yang lebih banyak.sebagai contoh,jika seseorang mengajar satu ilmu setakat A hingga B.Maka,A hingga B lah ilmu yang akan kita dapat.membaca pula adalah berbeza dimana kita sebenarnya mengembara ke dalam sesuatu buku itu dan menganalisa maklumat2 atau ilmu yang ada di dalam sesuatu buku itu.Dengan cara ini,kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan cara kita sendiri.Kita juga boleh membandingkan ilmu yang kita dapat dalam buku yang berbeza tetapi membincangkan perkara yang sama.Jadi,dari itu kita boleh berfikir untuk menerima ilmu/hujah yang lebih baik.


     Membaca juga menggerakkan otak kita supaya lebih aktif.Memang benar membaca meransang otak kita untuk sentiasa berfungsi dan berfikir.Secara logiknya juga,apabila kita membaca,ilmu yang ada di dalam buku akan ditatap oleh mata.Ilmu yang ditatap oleh mata akan disampaikan ke otak untuk dianalisa.Maklumat yang diterima oleh otak akan menggerakkan  otak kita untuk bekerja.Apabila otak sentiasa aktif,pemikiran kita akan lebih bernas.Ramai ahli akademik apabila ditanyakan mengenai kebijaksanaannya,mereka akan berkata "banyakkan membaca".Dalam konteks membaca,bukan dititikberatkan dengan ilmu akademik semata tetapi segala cabang ilmu seperti ilmu agama,ilmu sejarah,ilmu pengetahuan am malah tiada kaitan dengan akademik sekali pun.Kita juga harus mengetahui bahawa akademik hanyalah satu jenis ilmu daripada pelbagai ilmu di dunia.Membaca surat khabar juga memberi kita ilmu iaitu ilmu pengetahuan am.






     Dengan kata lain,membaca memberikan banyak faedah kepada hidup kita.Marilah kita mulakan hari ini dengan membaca walau hanya sekeping artikle di surat khabar.Moga-moga kita mendapat ilmu yang berguna dan dapat menggunakan ilmu itu untuk kebaikan diri dan orang lain.




"Biarlah kita banyak membaca supaya kita mendapat banyak ilmu.Biarlah kita banyak ilmu supaya kita tidak mudah ditipu".wassalam...



Blogged.my