Jumaat, 28 September 2012

KELEBIHAN AL-QURAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Di sini saya sukacitanya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai hadis dan peringatan berkaitan dengan kelebihan-kelebihan membaca dan mengamalkan Al-Quran.Moga ianya memberikan manfaat kepada saya dan pembaca sekalian.Aamiin....






Hadis 1


Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Masuud r.a. berkata: Al-quran itu dapat memberi syafaat(pembelaannya) dan akan diterima syafaatnya,juga menjadi penuntut yang sangat dipercayai,maka siapa yang menjadikan Al-Quran sebagai pimpinanya pasti dituntun ke syurga dan siapa yang meletakkan Al-Quran di samping belakangnya maka pasti ditarik (diseret) ke dalam neraka.



Hadis 2


Yazid bin Abi Habib berkata: Nabi s.a.w. bersabda: Siapa yang mempelajari Al- Quran maka Allah akan meringankan seksa terhadap kedua orang tuanya meskipun keduanya kafir.




Hadis 3


Khalid bin Basyir dan Al-Husain bin Al dari Nabi s.a.w. bersabda: siapa yang membaca Al-Quran dalam sembahyang sambil berdiri,maka dia mendapat pahala untuk tiap huruf seratus hasanah,dan siapa yang membaca Al-Quran dalam sembahyang sambil duduk maka dia mendapat pahala untuk tiap huruf lima puluh hasanah,dan siapa  membaca Al-Quran bukan dalam sembahyang maka dia mendapat pahala untuk tiap huruf sepuluh hasanah,dan siapa yang mendengar bacaan kitab Allah benar-benar ingin mendapat pahala dari Allah,maka akan dicatat untuknya pada tiap huruf satu hasanah dan siapa yang membaca Al-Quran hingga khatam,maka dia mendapat kesempatan doa yang mustajab,adakalanya segera di dunia atau kelak di akhirat.




Hadis 4


Abu Umamah r.a. berkata: Nabi s.a.w. menganjurkan supaya kami mempelajari Al-Quran kemudian menjelaskan fadilat keutamaan Al-Quran dalam sabdanya: Belajarlah kamu Al-Quran,maka ia kelak di hari kiamat akan datang pada ahlinya,ketika sangat berhajat kepadanya,lalu ia datang dalam bentuk yang seindah-indahnya,lalu bertanya:
Kenalkah kau kepadaku?
    Dijawabnya: Akulah yang kamu cinta dan kamu sanjung,bahkan kamu telah bangun malam untukku,dan biasa membacaku pada siang hari.
Lalu ia berkata: kemungkinan kau Al-Quran.

     Kemudian menuntun orangnya menghadap kepada Allah,lalu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kiri,dan dipasang mahkota di atas kepalanya.Dan kedua ayah bondanya yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda,sehingga keduanya bertanya: Dari manakah kami mendapatkan ini,padahal amalan kami tidak sampai ke sini?

    Lalu dijawabnya: Ini kamu perolehi kerana anakmu telah mempelajari Al-Quran maka kamu berdua diberi ini.




Hadis 5


Qatadah dari Anas bib Malik dari Abu Musa Al-Asyaari r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran bagaikan jeruk manis,baunya sedap dan rasanya enak dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran bagaikan kurma(tamar),rasanya enak tetepi tidak ada bau.Dan perumpamaan orang fajir yang membaca Al-Quran bagaikan bunga berbau sedap tetapi rasanya pahit,dan perumpamaan fajir yang tidak membaca Al-Quran bagaikan handalah rasanya pahit dan rasanya pahit dan tidak ada baunya.

Fajir*= lelaki yang jahat pekerti yang suka melakukan maksiat (seperti penzina dan tukang sihir).




Hadis 6


Uqbah bin Aamir r.a. berkata,Nabi s.a.w. bersabda: Orang yang membaca Al-Quran dengan suara perlahan-perlahan bagaikan orang yang merahsiakan sedekahnya,dan yang membaca Al-Quran dengan suara keras(lantang) bagaikan orang yang bersedekah terang-terangan.




Hadis 7


Rasulullah s.a.w. bersabda: Pelajarilah kedua pelita yang terang iaitu Al-Baqarah dan Ali Imran,maka keduanya akan datang kepada ahlinya pada hari kiamat berupa awan atau naungan atau rombongan bumbung yang menaungi dengan sayapnya,dan akan membela terhadap ahlinya yang selalu mempelajari dan mengamalkannya.



Wallahualam...



Sebenarnya masih banyak hadis-hadis mengenai kelebihan membaca dan mempelajari Al-Quran. ini hanyalah sebahagian daripada hadis2.Oleh itu marilah kita mencari dan mempelajari serta mendalami ilmu hadis dan Al-Quran.Hal ini kerana Rasulullah pernah berpesan bahawa Beliau akan meninggalkan dua perkara.Jika kita mengikuti dua perkara itu,kita tidak akan sesat selama-lamanya.Dua perkara itu adalah Al-Quran dan Al-Hadis.


Wassalam...


KELEBIHAN MEMBACA

MEMBACA MEMBERI MANFAAT


Assalamualaikum.....dan salam kebahagiaan kepada pencinta buku dan yang dahagakan ilmu dengan membaca.Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca.Membaca adalah sangat penting kepada kita kerana membaca memberikan ilmu tambahan kepada kita tanpa kita sedari.walaupun kita telah dilimpahkan dengan pelbagai ilmu di sekolah mahupun di mana2 sahaja majlis ilmu,tetapi membaca adalah berbeza dengan ilmu yang diberi secara lisan.


     Apa yang berbeza?ilmu yang kita perolehi dengan belajar di sekolah mahupun majlis ilmu dengan membaca adalah sama.Perkara yang membezakan adalah kaedah kita memdapatkan ilmu tersebut.Ilmu yang kita perolehi dengan hanya mendengar dan menerima membataskan kita untuk mendapatkan ilmu yang lebih banyak.sebagai contoh,jika seseorang mengajar satu ilmu setakat A hingga B.Maka,A hingga B lah ilmu yang akan kita dapat.membaca pula adalah berbeza dimana kita sebenarnya mengembara ke dalam sesuatu buku itu dan menganalisa maklumat2 atau ilmu yang ada di dalam sesuatu buku itu.Dengan cara ini,kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan cara kita sendiri.Kita juga boleh membandingkan ilmu yang kita dapat dalam buku yang berbeza tetapi membincangkan perkara yang sama.Jadi,dari itu kita boleh berfikir untuk menerima ilmu/hujah yang lebih baik.


     Membaca juga menggerakkan otak kita supaya lebih aktif.Memang benar membaca meransang otak kita untuk sentiasa berfungsi dan berfikir.Secara logiknya juga,apabila kita membaca,ilmu yang ada di dalam buku akan ditatap oleh mata.Ilmu yang ditatap oleh mata akan disampaikan ke otak untuk dianalisa.Maklumat yang diterima oleh otak akan menggerakkan  otak kita untuk bekerja.Apabila otak sentiasa aktif,pemikiran kita akan lebih bernas.Ramai ahli akademik apabila ditanyakan mengenai kebijaksanaannya,mereka akan berkata "banyakkan membaca".Dalam konteks membaca,bukan dititikberatkan dengan ilmu akademik semata tetapi segala cabang ilmu seperti ilmu agama,ilmu sejarah,ilmu pengetahuan am malah tiada kaitan dengan akademik sekali pun.Kita juga harus mengetahui bahawa akademik hanyalah satu jenis ilmu daripada pelbagai ilmu di dunia.Membaca surat khabar juga memberi kita ilmu iaitu ilmu pengetahuan am.






     Dengan kata lain,membaca memberikan banyak faedah kepada hidup kita.Marilah kita mulakan hari ini dengan membaca walau hanya sekeping artikle di surat khabar.Moga-moga kita mendapat ilmu yang berguna dan dapat menggunakan ilmu itu untuk kebaikan diri dan orang lain.




"Biarlah kita banyak membaca supaya kita mendapat banyak ilmu.Biarlah kita banyak ilmu supaya kita tidak mudah ditipu".wassalam...



Selasa, 11 September 2012

Peminjam PTPTN Ijazah Kelas Pertama tidak perlu membayar pinjaman



Berita baik bagi graduan yang mendapat Ijazah Kelas Pertama sehingga disember 2011 kerana, mereka dikecualikan daripada membayar balik baki pinjaman PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Dalam erti kata lain pinjaman itu transform menjadi biasiswa dan ini telah membuat seramai 11764 pelajar yang layak dikecualikan daripada membayar PTPTN tersebut tersenyum dan berbangga dengan usaha dan pencapaian mereka yang telah membuahkan hasil yang membantu mereka mendapatkan biasiswa secara tidak lansung.
Daripada jumlah tersebut, seramai 8818 pelajar adalah terdiri daripada keturunan cina, 2347 pelajar terdiri daripada keturunan melayu, 456 pelajar terdiri daripada keturunan india, 50 pelajar terdiri daripada keturunan bumiputera sabah, 34 pelajar terdiri daripda keturunan bumiputera Sarawak dan 59 pelajar yang berketurunan lain-lain
Daripada jumlah 887376 orang pelajar, sebanyak 742924 atau 83% sedang membayar balik jumlah jeseluruhan pinjaman mereka. Manakala baki 17% yang masih belum membuat pembayaran PTPTN mungkin menghadapi masalahpekerjaan ataupun baki PTPTN yang sudah terkumpul terlalu banyak sehingga mereka merasakan mereka tidak mampu untuk membayar lagi.
Namun demikian, tiada maklumat lanjut mengenai penguatkuasaan pengecualian pembayaran setakat ini.
Bagi pelajar yang inginkan pengecualian bayaran balik atau pembiayaan bagi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama, mereka haruslah mematuhi kelayakan dan syarat-syarat permohonan iaitu:
  • Terbuka kepada pelajar-pelajar IPTA & IPTS peringkat Ijazah Sarjan Muda yang mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama (bagi pelajar IPTS – terhad kepada pelajar yang mengikuti kursus yang mendapat sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Pelajar-pelajar yang diluluskan permohonan sebelum 1 Julai 2005 masih layak untuk mendapat pengecualian bayaran balik dan tiada tarikh tutup permohonan bagi tajaan di atas.
  • Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjan Muda dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan Kelulusan Senat dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah layak dipertimbangkan pemberian intensif penukaran pembiayaan pendidikan kepada biasiswa:
a)     Mengikuti kursus secara sepenuh masa
b)     Berjaya dalam menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah  ditetapkan dalam dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN
c)     Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN    dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.
d)     Kursus yang diikuti oleh pelajar di IPTS telah memperolehi Sijil Perakuan   Akreditasi daripada Agensi Kerajaan Malaysia (MQA)
Secara kesimpulannya dapatlah disimpul bahawa pemansuhan pinjaman ini kepada mereka yang mendapat Ijazah Kelas Pertam ini dapat member inspirasi dan motivasi kepada ramai pelajar di luar sana untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan tekun lagi emi mendpat kebebasan daripada harus membayar balik pinjaman PTPTN mereka.
Kesungguhan mereka bukan sahaja bermanfaat untuk membebaskan diri daripada beban hutang, malah mereka juga akan menikmati masa depan yang cerah dengan mendapat pekerjaan yang bagus ekoran daripada kejayaan yang mereka perolehi.
Mereka yang belum mendaftar sebagai peminjam juga akan berasa tertarik untuk membuat pinjaman untuk menyahut cabaran untuk mendapat Ijazah Kelas Pertama sekali gus menukar status pinjaman PTPTN kepada status biasiswa.

Harga Minyak RON97 Naik 30sen Secara Diam-diam Menjadi RM3.00!


Jika harga minyak diturunkan rakyat Malaysia begitu mudah sekali mendapat berita pengumuman ini. Tidak kira yang tinggal di bandar malahan yang tinggal di ceruk bumi Malaysia pasti akan sudah sedia maklum dengan berita pengumuman penurunan harga minyak. Lain pula ceritanya apabila harga minyak dinaikkan bermula semalam yang melibatkan RON97 apabila harga minyak RON97 naik secara “diam-diam” oleh kerajaan. Apa sebabnya? Kejutan untuk rakyat Malaysia? 
Berapa banyak? Bukan 10 sen, bukan 20 sen tetapi 30 sen untuk sekali kenaikan. Ia merupakan kenaikan yang kedua untuk tempoh satu bulan terakhir ini.


sumber:beritasemasa



Blogged.my