Ahad, 27 November 2011

Malaysia vs Bahrain Kelayakan Olimpik 2012

PETALING JAYA - Pertemuan menentang Bahrain malam ini ibarat misi 'hidup mati' buat skuad Harimau Muda, tegas jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee. Kita perlu menang jika masih memasang impian untuk beraksi di Sukan Olimpik London tahun depan atau peluang semakin tipis jika tewas buat kali ketiga berurut-turut.

Bagi memastikan tiga mata diraih di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Harimau Muda akan turun dengan menyerang habis-habisan, janji Kim Swee yang turut lega melihat kebanyakan pemain semakin cergas selepas tampak keletihan ketika tumpas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu.

Ketika ini, Malaysia menghuni tangga tercorot Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 selepas tewas dalam dua perlawanan pertama kepada Jepun dan Syria, ironiknya Bahrain juga gagal mengutip sebarang mata dalam dua aksi pertama mereka kerana kalah kepada lawan yang sama.

Hanya tiga mata penuh mampu mencerahkan peluang Malaysia untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan, justeru Kim Swee mahu anak-anak buahnya menghadapi perlawanan ini seperti pertarungan akhir. ~ sumber : Utusan Malaysia Online


Tiada ulasan:

Blogged.my