Ahad, 27 November 2011

Baucer buku RM200 untuk pelajar institusi tinggi boleh digunakan tahun depan

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Abd Rahim Md Noor, baucer buku bernilai RM 200 untuk semua pelajar institusi pengajian tinggi awam, swasta dan tingkatan enam yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2012 boleh mula digunakan untuk sessi pengajian tahun hadapan.

Beliau berkata mekanisme untuk menentukan kaedah menukarkan baucer dengan buku untuk dimanfaatkan penuntut akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin tidak lama lagi.

Kira-kira 1.2 juta pelajar akan menikmati kemudahan itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Kita Cakna Kerjaya Kolej Komuniti Malaysia 2011 di sini, malam Sabtu.

Turut hadir Ketua Pengarah Kolej Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Malaysia, Prof Madya Kamarudin Kasim.
Ab Rahim berkata langkah kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada penuntut membuktikan kerajaan prihatin terhadap masa depan bidang pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian baucer buku RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.

Tiada ulasan:

Blogged.my