Sabtu, 18 Februari 2012

15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak


“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” – (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak , tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihatoleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Ustaz Khalid Haji Mohd Isa.

Khamis, 16 Februari 2012

Nenek Lebih Muda Dari Cucu




Di Kangar Seorang wanita warga emas yang sudah berusia lebih 90 tahun sebaik menyedari MyKad diperolehnya beberapa tahun lalu mencatatkannyausianya bakal mencecah16 tahun april depan, muda lima tahun berbanding usia ncucunya bongsunya yang kini berusia 21 tahun.
Puan ahmad dari kampung padang keria, Simpang Empat,Di sini, yang mempunyai 19 cucu dan 14 cicit berkata, dia hanya menyedari kesilapan itu selepas dui maklumkan seorang jururawat ketika menerima rawatan disebuah klinik tahun menyebabkannya begitu terkejut.
Berdasarkan catatan pada MyKad milik puan dikeluarkan Jabatan Pendafdaran Negara (JPN) beberapa tahun lalu menunjukkan warga emas itu dilahirkan pada 12 April 1996.
Menurutnya berikutan kesilapan itu dia kemudianya meminta cucunya Siti Nuratikah Mat Yusop,21,melaporkan masalah itu kepada pejabat JPN Kangar sebelum dimaklumkan kakitangan bertugas ia perkara biasa dan MyKad berkenaan boleh terus digunakan.
Selepas kejadian itu, dia tidak berdepan sebarang masalah sepanjang menggunakan MyKad itu sehinggalah membuat permohonan bantuan rakyat satu Malaysia (BR1M) awal tahun ini.

Rabu, 15 Februari 2012

Kereta Boleh Baca E-mail Dan Update Status Facebook


Sebuah perusahaan kereta di London memperkenalkan ‘Kereta Internet’ pertama dunia yang boleh membaca email serta update Facebook dan Twitter untuk pemandunya.Kereta elektrik itu, Rinspeed BamBoo, juga boleh menjelajah internet menggunakan rangkaian perintah suara. Pengemudi hanya perlu menghubungkan telefon pintar atau iPad mereka pada charger dalam kereta, sebelum memandu

Rinspeed Bamboo diperkenalkan pada Geneva Motor Show yang dilangsungkan minggu ini. Kereta ini dijangka akan mula digunakan dalam jangka masa 18 bulan ke depan.“Teknologi ini direka untuk mencegah perhatian pemandu terganggu oleh SMS dan email. Melalui perintah suara, komputer akan membacakan pesan selagi mereka memandu,” jelas juru cakap Harman, Kay Robinson seperti dilaporkan Daily Mail, Jumat (432011).Kereta ini sesuai dengan semua peranti smartphone, iPad dan BlackBerry. Pemandu boleh memeriksa update media sosial dan SMS mereka tanpa perlu hentikan memandu

“Ketika ini, ketika pemandu menerima SMS atau email, atau update Twitter, mereka harus berhenti untuk boleh membacanya. Dengan teknologi ini, mereka boleh tetap update tanpa harus mengalihkan tangan atau pandangan mereka dari jalan,” lanjut Robinson.Pemandu juga boleh mencari stesen radio digital dengan perintah suara, menggunakan teknologi ‘infotainment’ dalam kereta. Selain itu, kereta ini pun dilengkapi transmitter wi-fi sehingga penumpang boleh menggunakan laptop atau handphone mereka.memang cool lah boboy!

Selasa, 14 Februari 2012

E-mail Lanun Maybank2u


Selari dengan perkembangan teknologi perbankan internet lanun-lanun penggodam juga sudah semakin canggih.Contoh dari gambar diatas adalah anda perlu lebih berwaspada dengan jenayah ini.Kepada pengguna perbankan internet anda harus jangan mempedulikan email yang sebenarnya bukan datang dari Maybank2u dan juga ditekankan disini Maybank2u tidak akan menghantar e-mail kepada pengguna perbankban internet besertakan Link.Anda harus berhati-hati daripada terjerat dengan jenayah ini anda juga harus share kepada rakan-rakan agar dapat mengelakkan jenayah ini berulang.

Isnin, 13 Februari 2012

Remaja Paling Tinggi Di Malaysia


Sheikh Akmal Sheikh Imam berumur 16 tahun juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang berasal dari Seremban Biarpun mengalami kesukaran terutama ketika menaiki kenderaan atau mencari saiz seluar.Lebih manis apabila pengiktirafan itu dipaparkan dalam harian metro.Selain itu dia terpaksa tidur di atas lantai atau sofa lebih selesa berbanding katil,dia bersyukur dengan anugerah Allah yang turut memberikan badan yang sihat dan menjalani sesi persekolahan dengan rakan yang lain.Bapanya mengatakan ketinggian anaknya itu terus menunjukkan peningkatan tujuh sentimeter berbanding hanya 197 sentimeter pada tahun lalu.
Blogged.my