Khamis, 16 Februari 2012

Nenek Lebih Muda Dari Cucu




Di Kangar Seorang wanita warga emas yang sudah berusia lebih 90 tahun sebaik menyedari MyKad diperolehnya beberapa tahun lalu mencatatkannyausianya bakal mencecah16 tahun april depan, muda lima tahun berbanding usia ncucunya bongsunya yang kini berusia 21 tahun.
Puan ahmad dari kampung padang keria, Simpang Empat,Di sini, yang mempunyai 19 cucu dan 14 cicit berkata, dia hanya menyedari kesilapan itu selepas dui maklumkan seorang jururawat ketika menerima rawatan disebuah klinik tahun menyebabkannya begitu terkejut.
Berdasarkan catatan pada MyKad milik puan dikeluarkan Jabatan Pendafdaran Negara (JPN) beberapa tahun lalu menunjukkan warga emas itu dilahirkan pada 12 April 1996.
Menurutnya berikutan kesilapan itu dia kemudianya meminta cucunya Siti Nuratikah Mat Yusop,21,melaporkan masalah itu kepada pejabat JPN Kangar sebelum dimaklumkan kakitangan bertugas ia perkara biasa dan MyKad berkenaan boleh terus digunakan.
Selepas kejadian itu, dia tidak berdepan sebarang masalah sepanjang menggunakan MyKad itu sehinggalah membuat permohonan bantuan rakyat satu Malaysia (BR1M) awal tahun ini.
Blogged.my