Sabtu, 24 Disember 2011

Pegawai Kastam Ditembak Di Hadapan Rumah

 
Seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia di sini mengalami kecederaan parah selepas dia ditembak beberapa kali oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali ketika sedang keluar dari rumahnya di Tanjung Minyak di sini pada Jumaat.
Pegawai berusia 52 tahun itu mengalami kecederaan di bahu kiri dan tangan, kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Dalam kejadian jam 7.25 pagi itu, pegawai penyiasat tersebut sedang bersiap-siap untuk keluar rumah apabila sekumpulan lelaki menghampirinya dan melepaskan tembakan beberapa das.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye mengesahkan kejadian itu sambil menegaskan berdasar laporan para saksi, empat lelaki dilihat berada di hadapan kediaman mangsa sebelum kedengaran beberapa das tembakan.
Beliau juga berkata, sebagai tindak balas mempertahankan dirinya, mangsa turut melepaskan beberapa das tembakan menggunakan revolvernya. ”Keadaan mangsa kini stabil dan kita sedang meneruskan siasatan,” ujarnya lagi.
 
Sumber : malaysiasensasi.net

Khamis, 22 Disember 2011

Wang Kertas RM50 Baru Tahun 2012

Wang Kertas RM50 Baru Tahun 2012
Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan siri baru wang kertas RM50 Baru tahun 2012 bagi wang kertas dan wang syiling bagi negara Malaysia. Siri baru tersebut akan dimulakan menjelang awal 2012 dengan membawakan ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharui.Cantik juga wang kertas yang baru ni, tak sabar pulak nak tunggu tahun 2012.
SUMBER : EDISIKINI.COM

Khamis, 15 Disember 2011

Jalan Raya Kuantan Runtuh


Jalan raya Kuantan runtuh terjadi baru sahaja semalam ini berkemungkinan cuaca yang tidak menentu baru-baru ini yang melanda kuantan seperti hujan dan beberapa kawasan di kuantan berlakunya banjir.Kawasan jalan runtuh ini adalah berhampiran dengan kampung padang berhampiran dengan petronas yang baru sahaja buka.Rasanya baru sahaja dikongsi meninggalkan kuantan pada tiga minggu yang lepas bermacam-macam perkara buruk yang melanda kuantan seperti hujan lebat dan banjir besar dan baru-baru ini jalan raya kuantan runtuh.Sekejap rasanya tiga minggu berlalu dan minggu depan dah mula naik sem baru ngeri juga lalu jalan ni nanti yelah di dalam gambar pun sudah mengerikan apatah lagi real shot mata memandang.Fuhh..berderau juga yer.Untuk makluman gambar di diambil oleh rakan dikongsi juga di facebook pagi tadi.

Psst:Kepada sesiapa yang ingin melalui jalan ini nanti berhati-hati lah yer jangan redah jalan bawah sudah.

Selasa, 13 Disember 2011

BUKTI MALAYSIA NEGARA MAJU



Mari sama-sama ketahui Bukti Malaysia jauh lebih maju daripada Jepun dan Amerika Syarikat melalui cerita TEKNOLOGI MALAYSIA VS JEPUN & AMERIKA.

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Isnin, 12 Disember 2011

Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-14


Semua yang berada di Malaysia mesti dapat tengok sairan langsung adat istiadat upaca mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke 14 oleh Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, Sultan Kedah di Istana Negara kan? Ini merupakan kali kedua baginda Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah di tabal menjadi Yang di-Pertuan Agong. Rakyat Kedah mesti bangga dengan perlantikan Sultan mereka, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah. 

  
Kali pertama Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah di tabal menjadi Yang di-Pertuan Agong adalah ketika baginda berumur 43 tahun iaitu dari tahun 1970 hingga 1975. Majlis Raja-Raja Melayu telah memilih   Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah sekali lagi berdasarkan sistem penggiliran menggantikan Sultan Mizan Sultan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke 13. Majlis perlantikan   Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah berlangsung buat pertama kali di Istana Negara yang baru yang terletak di Jalan Duta. Istana Negara yang baru telah mula beroperasi sejak 15 November yang lepas dan akan menjadi tempat bersemayam yang baru untuk Yang di-Pertuan Agong.


Cara Nak Kesan Wifi Anda Di curi


Cara Nak Kesan Wifi Anda Di curi
Pernah tak terjadi, internet korang tiba-tiba jadi slow giler. Ada kemungkinan besar wifi kita telah di crack / dicuri oleh jiran sebelah yang tak sivik punya orang, dengan menggunakan Wifi Booster dan software Backtrack. Kita yang penat-penat bayar bil, suka hati mak bapak dia je cilok kita punya Wifi. Hampeh btol, busuk punya orang. Kebiasaanya para pengguna p1wimax dan streamyx yang selalu menjadi mangsa.



Hari ini ku nak kongsi 2 software Cara Nak Kesan Wifi Anda Di curi untuk kita bagi pengajaran kepada mereka ini. Software ini akan detect siapa yang curi wifi dan kita boleh cut connection tue. Cuba install kat pc/laptop korang, pastu kita boleh check sama ada betul-betul wifi kita dicuri ataupun internet kita yang slow sebab bandwith dah low (tak pasal-pasal orang sebelah jadi mangsa).







Korang bleh cuba yang mana satu pilihan korang : 

Wireless network watcher
-Download disini KLIK SINI
Cara Nak Kesan Wifi Anda Di curi
Netcut
-Download disini KLIK SINI 

Ahad, 11 Disember 2011

Peramal Kiamat yang ternyata SILAP



Kita sering digembar gembur dengan ramalan kiamat.
Sehingga kini ramai yang cuba membuat ramalan. Ternyata mereka SILAP!

MARTIN LUTHER
-pada 1500, mengistiharkan dunia akan digulingkan 300 tahun lagi.

CHRISTOPHER COLUMBUS
-membuat ramalan kiamat pada 1656.

EDGAR C WHISENANT
- saintis dan jurutera NASA meramal kiamat berlaku antara 11 hingga 13 september 1988.

HAROLD CAMPING
-seorang bekas personaliti radio california meramalkan 21 oktober 2011 kiamat akan berlaku.

NOSTRADAMUS
- menurut ramalannya, kiamat berlaku pada 1999.


Terbukti ramalan mereka semuanya palsu.


LIVE VIDEO DAN GAMBAR GERHANA BULAN PENUH 10 DESEMBER 2011


Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.
Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 



Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Video gerhana bulan 10 Disember 2011
 



Telur akan berdiri tegak apabila masa gerhana bulan berlaku.





Sabtu, 10 Disember 2011

5.2 juta rakyat dijangka pohon bantuan RM500


Kementerian Kewangan menyasarkan 5.2 juta rakyat Malaysia akan mendaftar untuk mendapatkan bantuan kewangan RM500 dari program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menteri Kewangan Kedua Datuk Sri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kumpulan sasaran itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 bagi satu isi rumah serta ramai tangunggan, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih.

“Atas tujuan untuk menilai pendapatan sebenar keluarga, hanya ahli keluarga yang bekerja sahaja layak untuk mengisi borang permohonan, bukan seluruh anggota keluarga,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang BR1M hari ini.

Ahmad Husni berkata pemprosesan para pemohon akan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan permohonan yang tidak layak boleh dikenal pasti melalui rekod.

“LHDNM mempunyai rekod pendapatan individu yang telah mengisytiharkan jumlah pendapatan mereka dan sebarang permohonan yang tidak layak boleh dikenal pasti dengan serta merta,” katanya.

Berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan, beliau berkata kerajaan telah menyediakan borang pendaftaran lebih daripada yang diperlukan dan juga tidak mengenakan sebarang cas untuk mendapatkan borang permohonan bantuan kewangan tersebut.

“Setakat hari ini, selain memuat turun dari lamanweb Kementerian Kewangan, sebanyak 862 kaunter telah dibuka di seluruh negara untuk mendapatkan borang permohonan dan 415 daripadanya adalah di sekolah-sekolah yang terpilih,” katanya.

Selain itu, Ahmad Husni juga berkata pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2012, tetapi, format pembayaran bantuan kewangan belum diumumkan lagi kerana fokus yang ingin diberikan kepada proses pendaftaran.

Pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada hari ini sehingga 10 Januari 2012 dan sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Talian Hotline BR1M, 1-800-222-500.

Jumaat, 9 Disember 2011

Fenomena Sungai Di Dalam Laut


Jika kamu termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV 'Discovery' pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
 Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." - Surah Al-Furqan (Ayat 53)
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi:-

"Dia biarkan dua lautan bertemu." - Surah Ar-Rahman (Ayat 19)
"Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus" - Surah Ar-Rahman (Ayat 20)

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.
Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.
Allahu Akbar. Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. 

Rasulullah s.a.w. berkata,
 "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air".
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. berkata, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


 Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai. Luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?" - Surah Ar-Rahman (Ayat 13)

Terowong rahsia yang menghubungkan Mexico – USA untuk transfer dadah











Banjir kilat yang melanda Kajang

Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.
Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.
Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang, turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.
Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih, Kajang berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa.
Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan seramai sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.
Beberapa klip video sekitar banjir itu turut berlegar dan dikongsi oleh pengguna laman sosial Youtube dan Facebook, termasuk video yang menunjukkan seorang wanita yang terperangkap diselamat oleh orang ramai. Video dan gambar after the jump.


Selasa, 6 Disember 2011

Kerja Melibatkan Bersalaman Dengan Wanita


Soalan: Saya bekerja dengan sebuah syarikat antarabangsa yang melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakkan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif.
Pertama: Adakah rezeki saya dikategorikan daripada sumber yang syubhah?
Kedua: Adakah terdapat cara terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti ini atau perlukah saya berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain?
Jawapan: Pergaulan antara lelaki dan wanita di tempat kerja sudah menjadi satu fenomena biasa pada hari ini, dan tergolong dalam kategori “umum al-balwa” (bahaya dosa yang sukar dielakkan). Namun begitu tidak semua jenis percampuran dan pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja itu jatuh dalam kategori haram. Jika pergaulan itu dapat dikawal sebaiknya, dosa masih boleh dielakkan. Apa yang penting, semua aspek komunikasi yang meningkatkan syahwat, menggoda, mendedahkan aurat, pandangan nafsu dan sentuhan adalah antara faktor dosa yang boleh berlaku di tempat kerja.
Walaupun begitu, gaji seseorang tidak semestinya menjadi haram disebabkan tingkah laku dosanya di tempat kerja kecuali apabila ia culas dan “mencuri tulang” semasa melaksanakan tugasan utamanya.
Sebagi contoh, seorang yang bertugas selaku pensyarah IT di sebuah universiti, tentu gajinya halal. Malah sekiranya dia culas dan melakukan maksiat seperti tidak solat, bergaul bebas dengan wanita di tempat kerja, gajinya masih halal. Hal ini kerana maksiat itu bukanlah bidang tugasnya, cuma perbuatan maksiat itu adalah dosa secara berasingan dan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada rezeki dan keberkatan pendapatannya. Namum jika si pensyarah ponteng daripada tugasan mengajarnya tanpa sebab munasabah, menyelewengkan anak muridnya semasa pengajiannya, tatkala itu gajinya boleh berubah menjadi haram.
Adapun isu berjabat tangan antara lelaki dengan wanita telah lama diperdebatkan dalam kalangan ulama. Majoriti mazhab dan ulama kontemporari berpandangan ia haram kerana ia tergolong dalam kategori perilaku yang boleh membawa kepada zina. Allah secara jelas telah melarang kita agar jauhkan diri daripada mendekati zina.
Selain itu, terdapat beberapa hadis lain yang menyokong ijtihad ulama ini seperti hadis bahawa Nabi tidak pernah menyentuh wanita bukan mahram hatta ketika berbalah. Ada hadis yang menyatakan  besi di atas kepala lebih baik daripada sentuhan dengan wanita bukan mahram dan sebagainya. Namun, saya tidak berhasrat untuk memanjangkan perbincangan berkenaannya dalam ruangan terhad ini.
Ada sebahagian kecil ulama khususnya ulama kontemporari, berpandangan berjabat tangan lelaki dan wanita dibenarkan tanpa syahwat, yang dimulai oleh orang lain (bukannya kita). Contohnya wanita bukan Islam menghulurkan tangan di hadapan orang ramai yang mana jika tidak disambut boleh mengaibkannya, dan beberapa syarat lagi.
Apa pun hujah kedua-dua pihak, berjabat tangan  antara lelaki dan wanita yang bukan mahram bukanlah amalan Rasulullah dan para sahabat serta para solihin. Namun begitu, jika berlaku dalam kerjaya seseorang, kehalalan gaji seseorang tidak tertakluk kepada hal tersebut tetapi gajinya tertakluk kepada bidang tugas utama dalam kejayanya dan cara perlaksanaan yang dilakukan. Jika dilakukan secara “culas” dan sambil lewa, status halal gajinya akan terkesan.
Berkenaan sama ada perlu atau tidak berhenti kerja kerana hal itu, saya kira tidak perlu. Apa yang perlu dilakukan adalah cuba mengawal aktiviti yang melibatkan dosa itu dan elakkan daripada kekerapan berlakunya. Pada masa yang sama memperbanyakkan istighfar dan taubat secara berterusan. Namun, jika ada kemudahan dan peluang untuk mendapat kerjaya lain yang lebih minimum terdedah dengan hal sedemikian, sudah tentu ia lebih baik unutk berhijrah.


Windows XP Sasaran Penjenayah Siber Pada Tahun 2012


Penjenayah siber akan menumpukan perhatian mereka pada komputer peribadi yang mengunakan Windows XP tahun depan, kata F-Secure.Menurut firma keselamatan, mesin yang mengunakan sistem operasi Microsoft yang lebih lama akan menerima ancaman keselamatan terbesar pada tahun 2012. Windows 7 akan menjadi sistem operasi komputer peribadi yang paling popular di dunia, angka StatCounter bagi bulan Oktober menunjukkan 40.5 peratus daripada komputer peribadi seluruh dunia menggunakan Windows 7 , manakala 38.5 peratus adalah XP . Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna akan terdapat penurunan dramatik Windows XP .
Menurut Sean Sullivan, penasihat keselamatan di F-Secure: “Orang ramai seolah-olah menambah sistem baru tanpa meninggalkan XP mereka, yang merupakan berita baik untuk penjenayah talian, dimana XP terus menjadi sasaran kegemaran mereka.”
Firma keselamatan juga mendedahkan peranti Windows Phone 7  akan menjadi sasaran penjenayah dalam talian pada tahun 2012.
F-Secure juga berkata versi terbaru sistem operasi Google Android , Ice Cream Sandwich, nampaknya sudah bersedia untuk membawa aplikasi yang lebih inovatif dan meningkatkan populariti PC tablet dengan pengguna yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak lama sebelum penjenayah siber memberi perhatian mereka kepada peranti tablet.
“Akan ada banyak kejutan yang menarik dalam landskap ancaman 2012, walaupun beberapa perkara akan tetap sama,” tambah Sullivan.
“Kami tidak mengharapkan drop-off dalam ancaman berasaskan Windows hanya kerana platform lain muncul. Pasaran bukan sahaja berubah-ubah, ia semakin meningkat. Saya tidak ragu-ragu bahawa sesetengah jenayah yang inovatif akan mencari cara-cara untuk mengeksploitasi pertumbuhan.”


Daftar Mohon Bantuan RM500 Dibuka Mulai 10 Disember


Pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Sehubungan itu, pembayaran bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi kerajaan.
Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.
Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.
“Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
“Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat,” kata Ahmad Husni.
Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.
Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya.
Sumber : malaysiakini.com
Blogged.my