Isnin, 20 Jun 2016

Analisis Teknikal Pair USDCAD

Analisis Teknikal Pair USDCAD          

Harini saya akan kongsikan rumusan ringkas Journal kajian teknikal market USDCAD pada minggu yang lepas. Menggunakan asas candlestick dan classical support and resistance . Menggunakan 3 timeframe sebagai rujukan utama saya, 


FX Journal Dikongsi.com
                    Bearish candle Pada minggu lepas menunjukkan sellers masih menguasai pasaran.

FX Journal Dikongsi.com
Daily mula menunjukan pinbar dimana buyers mula take profit dan sellers mula gila2 menekan harga


FX Journal Dikongsi.com
H4 price mula break support dan menjadikan ia resistance, saya mula entry pada breaksupport, pinbar  timeframe Daily lebih meyakinkan sy yg pasaran mula mengubah hala. 

*Money Management Stoploss 50 pips dan Take profit 200pips nisbah risiko 1:3 mula meletakkan stoploss positif apabila price mula menjauhi entry position menjadikan position kepada zero risk. :)




Sabtu, 18 Jun 2016

7 Langkah Penting Nak Jadi Minah @ Mat Selfie Paling Legend

Dalam bilik air selfie, dalam kereta selfie, tengah makan pun selfie. Lepas selfie banyak-banyak, terusupload dalam Instagram sambil tunggu berapa banyak ‘love’ yang diperolehi. Malah, kami rasa skill ber’selfie‘ ini harus disertakan dalam resume. Baru lah ada class!
Tapi, sebenarnya ada langkah-langkah penting yang korang wajib ikut kalau nak bergelar minah dan mat selfie paling legend yang memperolehi beribu-ribu followers. Bukan main tangkap muat je masa upload gambar tu. Nah, try 7 langkah ni!

Langkah 1: Kamera mesti ada umph!

selfie 4
Hello! Asas untuk memiliki selfie yang super cun adalah phone kamera! Jadi, korang boleh sentiasa bersiap sedia menghasilkan selfie disetiap masa di mana jua. Tapi, korang kena juga make sure yangphone korang tu mempunyai kapasiti yang mantap untuk menampung selfie berlambak tu!
samsung 2

Langkah 2: Kenalah pandai main anglesikit…

selfie 2
Walau seinci angle diubah, ianya akan memberi impak kepada hasil selfie korang. Angle boleh jadi magik dengan menampakkan korang berwajah runcing, tembam, ataupun mungkin juga berwajah pelik.
Oh ya, korang juga kena berjaga-jaga dengan background selfie, jangan pulak kantoi bilik bersepah-sepah atau mungkin ada member yang buat photobomb. Spoil betul!
selfie 5

Langkah 3: Pencahayaan yang mampu men’jelita’kan @ me’macho’kan korang!

lighting
Sebenarnya pencahayaan semulajadi sebenarnya adalah sumber penting untuk menampakkan kulit korang menjadi kononnya gebu dan mulus tu. Biasanya korang boleh dapat selfie dengan lightingyang cantik bila berada dalam kereta. Siap boleh guna cermin pandang belakang untuk bantu mendapatkan selfie paling jelita atau macho.
Awas: Selfie dalam kereta adalah bahaya. Eksiden padan muka. Haha. Kecuali korang tengah berhentilah kan.
samsung 3

Langkah 4: Lokasi yang rare. Lagi rare, lagi bagus!

Screen Shot 2016-05-17 at 3.58.36 PM
Screen Shot 2016-05-17 at 4.40.05 PM
Selalunya restoran hipster dengan background yang cool jadi pilihan. Tapi, sekarang ni musim mamat dan minah kaki selfie ni sanggup mendaki gunung-ganang demi mendapatkan selfie yang terbaik. Barulah dikatakan komitmen penuh terhadap kerjaya selfie. Ko hado?
Ehem.. Bagi kaki-kaki gym tu, mesti lah nak selfie jugak lepas mengeluarkan peluh kan?
samsung giffff

Langkah 5: Buat selfie sebanyak boleh

new gif selfie
Lagi banyak lagi bagus. Biarlah orang nak kata korang gila ke, tak siuman ke, yang penting parafollowers akan memperolehi selfie terbaik daripada korang. Gambar yang hodoh dan jelek adalah dilarang sekali ya! Haha.. Kalau ada member yang tag, sila cepat-cepat untagged untuk menjaga ‘saham’ media sosial korang.

Langkah 6: Berpada-pada bila guna filtertu ye…

filter 6
Korang pernah tengok tak sesetengah orang guna filter kaw-kaw sampai hilang hidung? Jadi, sila jangan melampau guna filter tu ya. Diulngi sekali lagi, jangan melampau ya! Nanti lagi nampak aneh macam alien. Hahaha.
samsung 4

Langkah 7: Guna Hashtag yang tepat dan mantap

hashtah 2
Ko ingat ko retis?? Senang-senang je orang nak follow dan likes tanpa hashtag. Gunakan kreativiti untuk reka hashtag yang menarik, mantap dan menusuk jiwa.
Awas lagi: Kami tidak bertanggungjawab jika anda dikecam oleh followers bila guna hashtag deep ! Hehe.



Trade In, Trade Up for an iPhone 6s & 6s Plus

Trade In, Trade Up for an 
iPhone 6s & 6s Plus

Save up to 65% when you trade in your old working device!


What is Maxis Trade Up?

With our Trade Up program, you can enjoy bigger savings on the new iPhone 6s and iPhone 6s Plus! Just bring any old, working phone to any of our outlets; get it validated and you’ll walk away happy with your brand new device. Simple, isn’t it? 

Trade in now with Zerolution and enjoy your brand new iPhone from as low as RM35/mth! So, grab your old phone and visit our Maxis store near you for your new upgrade.

Time to get a new iPhone

Trade in your old device to enjoy it on Zerolution; starting from MaxisONE plan 128 and above.
More Info Click Here
Here are some important criteria that validates your phone:
  1. Device is able to Power ON and Power OFF and access IMEI.
  2. The display screen is functional and free of any cracks/damages
  3. Your casing must NOT be damaged/cracked or spotted with missing buttons when presented.
  4. If you're using an iPhone, please ensure that your Find my iPhone is unlocked.
Terms and Conditions apply.
More Info Click Here

Jumaat, 28 September 2012

KELEBIHAN AL-QURAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Di sini saya sukacitanya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai hadis dan peringatan berkaitan dengan kelebihan-kelebihan membaca dan mengamalkan Al-Quran.Moga ianya memberikan manfaat kepada saya dan pembaca sekalian.Aamiin....






Hadis 1


Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Masuud r.a. berkata: Al-quran itu dapat memberi syafaat(pembelaannya) dan akan diterima syafaatnya,juga menjadi penuntut yang sangat dipercayai,maka siapa yang menjadikan Al-Quran sebagai pimpinanya pasti dituntun ke syurga dan siapa yang meletakkan Al-Quran di samping belakangnya maka pasti ditarik (diseret) ke dalam neraka.



Hadis 2


Yazid bin Abi Habib berkata: Nabi s.a.w. bersabda: Siapa yang mempelajari Al- Quran maka Allah akan meringankan seksa terhadap kedua orang tuanya meskipun keduanya kafir.




Hadis 3


Khalid bin Basyir dan Al-Husain bin Al dari Nabi s.a.w. bersabda: siapa yang membaca Al-Quran dalam sembahyang sambil berdiri,maka dia mendapat pahala untuk tiap huruf seratus hasanah,dan siapa yang membaca Al-Quran dalam sembahyang sambil duduk maka dia mendapat pahala untuk tiap huruf lima puluh hasanah,dan siapa  membaca Al-Quran bukan dalam sembahyang maka dia mendapat pahala untuk tiap huruf sepuluh hasanah,dan siapa yang mendengar bacaan kitab Allah benar-benar ingin mendapat pahala dari Allah,maka akan dicatat untuknya pada tiap huruf satu hasanah dan siapa yang membaca Al-Quran hingga khatam,maka dia mendapat kesempatan doa yang mustajab,adakalanya segera di dunia atau kelak di akhirat.




Hadis 4


Abu Umamah r.a. berkata: Nabi s.a.w. menganjurkan supaya kami mempelajari Al-Quran kemudian menjelaskan fadilat keutamaan Al-Quran dalam sabdanya: Belajarlah kamu Al-Quran,maka ia kelak di hari kiamat akan datang pada ahlinya,ketika sangat berhajat kepadanya,lalu ia datang dalam bentuk yang seindah-indahnya,lalu bertanya:
Kenalkah kau kepadaku?
    Dijawabnya: Akulah yang kamu cinta dan kamu sanjung,bahkan kamu telah bangun malam untukku,dan biasa membacaku pada siang hari.
Lalu ia berkata: kemungkinan kau Al-Quran.

     Kemudian menuntun orangnya menghadap kepada Allah,lalu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kiri,dan dipasang mahkota di atas kepalanya.Dan kedua ayah bondanya yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda,sehingga keduanya bertanya: Dari manakah kami mendapatkan ini,padahal amalan kami tidak sampai ke sini?

    Lalu dijawabnya: Ini kamu perolehi kerana anakmu telah mempelajari Al-Quran maka kamu berdua diberi ini.




Hadis 5


Qatadah dari Anas bib Malik dari Abu Musa Al-Asyaari r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran bagaikan jeruk manis,baunya sedap dan rasanya enak dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran bagaikan kurma(tamar),rasanya enak tetepi tidak ada bau.Dan perumpamaan orang fajir yang membaca Al-Quran bagaikan bunga berbau sedap tetapi rasanya pahit,dan perumpamaan fajir yang tidak membaca Al-Quran bagaikan handalah rasanya pahit dan rasanya pahit dan tidak ada baunya.

Fajir*= lelaki yang jahat pekerti yang suka melakukan maksiat (seperti penzina dan tukang sihir).




Hadis 6


Uqbah bin Aamir r.a. berkata,Nabi s.a.w. bersabda: Orang yang membaca Al-Quran dengan suara perlahan-perlahan bagaikan orang yang merahsiakan sedekahnya,dan yang membaca Al-Quran dengan suara keras(lantang) bagaikan orang yang bersedekah terang-terangan.




Hadis 7


Rasulullah s.a.w. bersabda: Pelajarilah kedua pelita yang terang iaitu Al-Baqarah dan Ali Imran,maka keduanya akan datang kepada ahlinya pada hari kiamat berupa awan atau naungan atau rombongan bumbung yang menaungi dengan sayapnya,dan akan membela terhadap ahlinya yang selalu mempelajari dan mengamalkannya.



Wallahualam...



Sebenarnya masih banyak hadis-hadis mengenai kelebihan membaca dan mempelajari Al-Quran. ini hanyalah sebahagian daripada hadis2.Oleh itu marilah kita mencari dan mempelajari serta mendalami ilmu hadis dan Al-Quran.Hal ini kerana Rasulullah pernah berpesan bahawa Beliau akan meninggalkan dua perkara.Jika kita mengikuti dua perkara itu,kita tidak akan sesat selama-lamanya.Dua perkara itu adalah Al-Quran dan Al-Hadis.


Wassalam...


KELEBIHAN MEMBACA

MEMBACA MEMBERI MANFAAT


Assalamualaikum.....dan salam kebahagiaan kepada pencinta buku dan yang dahagakan ilmu dengan membaca.Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca.Membaca adalah sangat penting kepada kita kerana membaca memberikan ilmu tambahan kepada kita tanpa kita sedari.walaupun kita telah dilimpahkan dengan pelbagai ilmu di sekolah mahupun di mana2 sahaja majlis ilmu,tetapi membaca adalah berbeza dengan ilmu yang diberi secara lisan.


     Apa yang berbeza?ilmu yang kita perolehi dengan belajar di sekolah mahupun majlis ilmu dengan membaca adalah sama.Perkara yang membezakan adalah kaedah kita memdapatkan ilmu tersebut.Ilmu yang kita perolehi dengan hanya mendengar dan menerima membataskan kita untuk mendapatkan ilmu yang lebih banyak.sebagai contoh,jika seseorang mengajar satu ilmu setakat A hingga B.Maka,A hingga B lah ilmu yang akan kita dapat.membaca pula adalah berbeza dimana kita sebenarnya mengembara ke dalam sesuatu buku itu dan menganalisa maklumat2 atau ilmu yang ada di dalam sesuatu buku itu.Dengan cara ini,kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan cara kita sendiri.Kita juga boleh membandingkan ilmu yang kita dapat dalam buku yang berbeza tetapi membincangkan perkara yang sama.Jadi,dari itu kita boleh berfikir untuk menerima ilmu/hujah yang lebih baik.


     Membaca juga menggerakkan otak kita supaya lebih aktif.Memang benar membaca meransang otak kita untuk sentiasa berfungsi dan berfikir.Secara logiknya juga,apabila kita membaca,ilmu yang ada di dalam buku akan ditatap oleh mata.Ilmu yang ditatap oleh mata akan disampaikan ke otak untuk dianalisa.Maklumat yang diterima oleh otak akan menggerakkan  otak kita untuk bekerja.Apabila otak sentiasa aktif,pemikiran kita akan lebih bernas.Ramai ahli akademik apabila ditanyakan mengenai kebijaksanaannya,mereka akan berkata "banyakkan membaca".Dalam konteks membaca,bukan dititikberatkan dengan ilmu akademik semata tetapi segala cabang ilmu seperti ilmu agama,ilmu sejarah,ilmu pengetahuan am malah tiada kaitan dengan akademik sekali pun.Kita juga harus mengetahui bahawa akademik hanyalah satu jenis ilmu daripada pelbagai ilmu di dunia.Membaca surat khabar juga memberi kita ilmu iaitu ilmu pengetahuan am.






     Dengan kata lain,membaca memberikan banyak faedah kepada hidup kita.Marilah kita mulakan hari ini dengan membaca walau hanya sekeping artikle di surat khabar.Moga-moga kita mendapat ilmu yang berguna dan dapat menggunakan ilmu itu untuk kebaikan diri dan orang lain.




"Biarlah kita banyak membaca supaya kita mendapat banyak ilmu.Biarlah kita banyak ilmu supaya kita tidak mudah ditipu".wassalam...



Blogged.my