Ahad, 1 Julai 2012

8 Cara Mengembangkan Otak Kanan Terbongkar!


Pernahkah kita (walaupun sering) tidak percaya diri bahawa kita KREATIF? Itu hanyalah beranggapan yang menenggelamkan kepercayaan diri kita untuk bertindak kreatif! Berfikir dan bertindak kreatif adalah suatu usaha untuk menggunakan otak kanan (hemispher otak sebelah kanan) secara lebih aktif. Selama ini, kebanyakan orang hanya menggunakan otak kiri-nya yang berkaitan dengan bahasa, logik, dan simbol simbol dan diarahkan pada pemikiran linear dan vertical (dari satu kesimpulan logik ke kesimpulan logik lain).

Secara lebih seimbang, otak kanan yang berkaitan dengan fungsi-fungsi emosi, intuitif, dan spesial serta bekerja mengikut kaleidoskop dan berfikir natural (mahal masalah dari semua sisi dan sampai pada hal yang berbeza) merupakan bahagian otak yang berperanan penting dalam kreativiti.

Otak kanan akan menghasilkan pemikiran-pemikiran yang tidak konvensional, tidak sistematik, dan tidak berstruktur. Hal ini tidak bererti hasil pemikiran otak kanan merupakan sesuatu yang sembarangan, namun hasil pemikiran otak kanan berkaitan dengan sesuatu yang baru, yang tidak biasa, dan berbeza dari apa yang ada sebelumnya.

Ini 8 cara yang boleh dilakukan untuk mengembangkan otak kanan:

1.Selalu bertanya: "Apakah ada cara lain ..??" "Dengan begitu, otak kita dipacu untuk mencari alternative-alternatif yang terbaik!"

2.Menentang kebiasaan, rutin, dan tradisi. "ini lah dia,, wajar seorang entrepreneur pasti mempunyai latar belakang yang luar biasa dan menentang tradisi!"

3.Bermain permainan - permainan mental, berusaha melihat masalah dari pelbagai sudut pandang. Marilah main rubik! melatih otak n emosi tu! "

4.Menyedari bahawa ada lebih dari 1 jawapan yang benar. "Ini tak boleh dilakukan bagi anak PMR yang sedang dalam ujian! Kerana hanya; PILIHLAH SATU JAWAPAN YANG BENAR!"

5.Melihat masalah sebagai batu loncatan untuk mencari idea-idea baru. "Kalau dapat masalahnya terlalu banyak dan berat, bererti sedang di Uji sama yang DI ATAS! mari kita taubat dan banyak berdoa..:)

6.Melihat kesalahan dan kegagalan sebagai loncatan untuk memperoleh kejayaan. "Jangan sikit-sikit mengeluuuuuuuuh jer! Tak guna!"

7.Menghubungkan idea-idea yang tidak berkaitan untuk mencari penyelesaian yang baru dan inovatif  "Jangankan hanya mendapatkan idea .. anda juga perlu mengkupas idea anda!"

8.Mempunyai "keteramplian helicopter" iaitu melihat dari atas dan menyeluruh terhadap berbagai hal rutin yang berlaku dalam kehidupan seharian dan kemudian mengambil keputusan yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.



Blogged.my