Jumaat, 9 Disember 2011

Terowong rahsia yang menghubungkan Mexico – USA untuk transfer dadah











Banjir kilat yang melanda Kajang

Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.
Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.
Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang, turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.
Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih, Kajang berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa.
Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan seramai sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.
Beberapa klip video sekitar banjir itu turut berlegar dan dikongsi oleh pengguna laman sosial Youtube dan Facebook, termasuk video yang menunjukkan seorang wanita yang terperangkap diselamat oleh orang ramai. Video dan gambar after the jump.


Selasa, 6 Disember 2011

Kerja Melibatkan Bersalaman Dengan Wanita


Soalan: Saya bekerja dengan sebuah syarikat antarabangsa yang melibatkan pergaulan dengan wanita dan kadang-kadang terpaksa bersalaman dengan wanita. Saya pernah tunduk untuk mengelakkan bersalaman namun bagi wanita asing mereka akan menimbulkan persoalan yang agak negatif.
Pertama: Adakah rezeki saya dikategorikan daripada sumber yang syubhah?
Kedua: Adakah terdapat cara terbaik untuk terus bekerja di syarikat seperti ini atau perlukah saya berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di tempat lain?
Jawapan: Pergaulan antara lelaki dan wanita di tempat kerja sudah menjadi satu fenomena biasa pada hari ini, dan tergolong dalam kategori “umum al-balwa” (bahaya dosa yang sukar dielakkan). Namun begitu tidak semua jenis percampuran dan pergaulan lelaki dan wanita di tempat kerja itu jatuh dalam kategori haram. Jika pergaulan itu dapat dikawal sebaiknya, dosa masih boleh dielakkan. Apa yang penting, semua aspek komunikasi yang meningkatkan syahwat, menggoda, mendedahkan aurat, pandangan nafsu dan sentuhan adalah antara faktor dosa yang boleh berlaku di tempat kerja.
Walaupun begitu, gaji seseorang tidak semestinya menjadi haram disebabkan tingkah laku dosanya di tempat kerja kecuali apabila ia culas dan “mencuri tulang” semasa melaksanakan tugasan utamanya.
Sebagi contoh, seorang yang bertugas selaku pensyarah IT di sebuah universiti, tentu gajinya halal. Malah sekiranya dia culas dan melakukan maksiat seperti tidak solat, bergaul bebas dengan wanita di tempat kerja, gajinya masih halal. Hal ini kerana maksiat itu bukanlah bidang tugasnya, cuma perbuatan maksiat itu adalah dosa secara berasingan dan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada rezeki dan keberkatan pendapatannya. Namum jika si pensyarah ponteng daripada tugasan mengajarnya tanpa sebab munasabah, menyelewengkan anak muridnya semasa pengajiannya, tatkala itu gajinya boleh berubah menjadi haram.
Adapun isu berjabat tangan antara lelaki dengan wanita telah lama diperdebatkan dalam kalangan ulama. Majoriti mazhab dan ulama kontemporari berpandangan ia haram kerana ia tergolong dalam kategori perilaku yang boleh membawa kepada zina. Allah secara jelas telah melarang kita agar jauhkan diri daripada mendekati zina.
Selain itu, terdapat beberapa hadis lain yang menyokong ijtihad ulama ini seperti hadis bahawa Nabi tidak pernah menyentuh wanita bukan mahram hatta ketika berbalah. Ada hadis yang menyatakan  besi di atas kepala lebih baik daripada sentuhan dengan wanita bukan mahram dan sebagainya. Namun, saya tidak berhasrat untuk memanjangkan perbincangan berkenaannya dalam ruangan terhad ini.
Ada sebahagian kecil ulama khususnya ulama kontemporari, berpandangan berjabat tangan lelaki dan wanita dibenarkan tanpa syahwat, yang dimulai oleh orang lain (bukannya kita). Contohnya wanita bukan Islam menghulurkan tangan di hadapan orang ramai yang mana jika tidak disambut boleh mengaibkannya, dan beberapa syarat lagi.
Apa pun hujah kedua-dua pihak, berjabat tangan  antara lelaki dan wanita yang bukan mahram bukanlah amalan Rasulullah dan para sahabat serta para solihin. Namun begitu, jika berlaku dalam kerjaya seseorang, kehalalan gaji seseorang tidak tertakluk kepada hal tersebut tetapi gajinya tertakluk kepada bidang tugas utama dalam kejayanya dan cara perlaksanaan yang dilakukan. Jika dilakukan secara “culas” dan sambil lewa, status halal gajinya akan terkesan.
Berkenaan sama ada perlu atau tidak berhenti kerja kerana hal itu, saya kira tidak perlu. Apa yang perlu dilakukan adalah cuba mengawal aktiviti yang melibatkan dosa itu dan elakkan daripada kekerapan berlakunya. Pada masa yang sama memperbanyakkan istighfar dan taubat secara berterusan. Namun, jika ada kemudahan dan peluang untuk mendapat kerjaya lain yang lebih minimum terdedah dengan hal sedemikian, sudah tentu ia lebih baik unutk berhijrah.


Windows XP Sasaran Penjenayah Siber Pada Tahun 2012


Penjenayah siber akan menumpukan perhatian mereka pada komputer peribadi yang mengunakan Windows XP tahun depan, kata F-Secure.Menurut firma keselamatan, mesin yang mengunakan sistem operasi Microsoft yang lebih lama akan menerima ancaman keselamatan terbesar pada tahun 2012. Windows 7 akan menjadi sistem operasi komputer peribadi yang paling popular di dunia, angka StatCounter bagi bulan Oktober menunjukkan 40.5 peratus daripada komputer peribadi seluruh dunia menggunakan Windows 7 , manakala 38.5 peratus adalah XP . Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna akan terdapat penurunan dramatik Windows XP .
Menurut Sean Sullivan, penasihat keselamatan di F-Secure: “Orang ramai seolah-olah menambah sistem baru tanpa meninggalkan XP mereka, yang merupakan berita baik untuk penjenayah talian, dimana XP terus menjadi sasaran kegemaran mereka.”
Firma keselamatan juga mendedahkan peranti Windows Phone 7  akan menjadi sasaran penjenayah dalam talian pada tahun 2012.
F-Secure juga berkata versi terbaru sistem operasi Google Android , Ice Cream Sandwich, nampaknya sudah bersedia untuk membawa aplikasi yang lebih inovatif dan meningkatkan populariti PC tablet dengan pengguna yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak lama sebelum penjenayah siber memberi perhatian mereka kepada peranti tablet.
“Akan ada banyak kejutan yang menarik dalam landskap ancaman 2012, walaupun beberapa perkara akan tetap sama,” tambah Sullivan.
“Kami tidak mengharapkan drop-off dalam ancaman berasaskan Windows hanya kerana platform lain muncul. Pasaran bukan sahaja berubah-ubah, ia semakin meningkat. Saya tidak ragu-ragu bahawa sesetengah jenayah yang inovatif akan mencari cara-cara untuk mengeksploitasi pertumbuhan.”


Daftar Mohon Bantuan RM500 Dibuka Mulai 10 Disember


Pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Sehubungan itu, pembayaran bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi kerajaan.
Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.
Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.
“Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
“Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat,” kata Ahmad Husni.
Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.
Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya.
Sumber : malaysiakini.com
Blogged.my