Rabu, 2 November 2011

Cek Pertama Dari Nuffnang

Masa DK tengah layan-layan lagu tiba-tiba ada satu e-mail datang kat henfon BB DK ingatkan e-mail biasa-biasa yang datang rupa-rupanya e-mail dari bank HSBC.Kemudian ia menyatakan tentang statement pembayaran dari Nuffnang kepada DK.Memang betul-betul terkejut pada mulanya, mana taknya DK ni bukannya jenis bisnes-bisnesman yang guna bank antarabangsa seperti HSBC ni.Tak sia-sia jugak buat blog ni.Rasanya dalam sebulan diorang hantar cek kerumah untuk request pengeluaran.

Statement yang dihantar melalui e-mail:



Cek yang dihantar ke rumah DK:


Walaupun tak seberapa hanya RM51.30 sen sahaja tetapi DK bersyukur kerana ia adalah cek pertama DK dari Nuffnang.DK pon bergegas ke Maybank berdekatan Untuk Clearkan cek.

Terima Kasih Nuffnang.

Ahad, 25 September 2011

Satelit Terhempas Jumaat, Lokasi Masih Samar


KUALA LUMPUR – Pihak pentadbiran angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) atau NASA menjangkakan Satelit Nasa Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) seberat 6 tan yang kini bergerak tanpa kawalan terhempas ke permukaan bumi pada hari Jumaat ini.
Walaupun ahli-ahli sains NASA telah mengesahkan tarikh satelit itu terhempas,tetapi mereka masih belum dapat memastikan di manakah lokasi ia akan terhempas dengan tepat sehingga dua jam sebelum ia berlaku.
Saintis NASA berkata, pada asalnya mereka menjangkakan ia akan terhempas pada hari Sabtu namun mengubah jangkaan itu.
Menurut NASA, satelit berusia 20 tahun itu dijangka terhempas di kawasan antara Alaska dan Amerika Selatan.
Para sainstis NASA meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa.
Mereka menganggarkan sebahagian besar satelit itu akan terbakar hangus sebaik masuk ke sistem atmosfera bumi.
UARS kehabisan bahan bakar pada 2005 dan akan jatuh tanpa kawalan. Dianggarkan hanya 544 kilogram besi yang akan bertahan ketika ia terhempas.
Satelit ini adalah lebih kecil daripada Stesen Angkasa Mir (seberat 135 tan) yang jatuh ke bumi pada 2001 atau Skylab seberat 100 tan yang terhempas pada 1979.
Stesen Mir jatuh ke Pasifik Selatan manakala Skylab pula jatuh ke Lautan Hindi dan sebahagian daripada serpihannya bertaburan sekitar kawasan Australia Barat.
Disebabkan dua pertiga bumi diliputi air, maka serpihan dari angkasa kerap kali akan jatuh ke dalam kawasan berair.
NASA juga mengingatkan kepada orang ramai, jika terjumpa serpihan yang mungkin adalah serpihan dari satelit UARS, agar tidak menyentuhnya.

Isnin, 19 September 2011

Cara Melajukan Celcom Broadband Terbongkar

Modem Celcom Broadband

Ramai yang mencari cara untuk melajukan celcom broadband ini termasuklah saya sendiri. Selepas beberapa minggu saya membuat kajian dengan cara ini, saya dapati cara melajukan connection Celcom Broadband ini ternyata akan melajukan broadband anda.
Baiklah, jika sebelum ini anda mengalami masalah seperti ‘Hang’, connection time out, Lost connection dan sebagainya, saya sarankan anda untuk mengikuti tutorial ini. Selepas mengikuti tutorial tips dan trick melajukan celcom broadband ini, saya pasti anda akan dapat atasi masalah dengan connection celcom broadband anda. Caranya tidaklah begitu merumitkan, anda hanya perlu mengikuti langkah ini.

1.Buka Comand Promt anda. (pergi ke RUN -> CMD.exe dan tekan “enter”)


2.Taip ipconfig dan tekan “enter”. 

IP Config IPv4 Celcom

3.Kemudian anda copy IPv4 Address anda.

4.Seterusnya taipkan ping (tukar kepada IPv4 Address) -t dan tekan “enter”. 

Ping IP Broadband

5.Selesai. (biarkan sahaja Comand Promt menjalankan proses PING tersebut)
Ini akan membolehkan anda terhindar daripada masalah connection timeout, hang dan sebagainya. Dengan cara ini juga, anda boleh melayari internet dengan lebih laju dan lancar. Selamat mencuba ya.
ps: Saya tidak pasti cara ini boleh bypass celcom throttle speed kerana semasa saya membuat tutorial ini, bandwidth saya masih belum melebihi had yang ditetapkan.. Jika penggunaan anda sudah melebihi daripada pakej yang anda langgan, kelajuan anda hanya 128kbps sahaja.
Jika ada sebarang masalah, jangan segan untuk bertanya.
UPDATE!! : Teknik diatas sebenarnya boleh Bypass Celcom Bandwith Limit / throttle. Buktinya anda boleh lihat disini Bypass Celcom Limit / Throttle Speed

Ahad, 18 September 2011

Kejadian seram Di Bilik ICU


Salah sebuah katil di wad ICU sebuah hospital swasta kerap kali mengalami kejadian yang amat pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di katil tersebut pasti akan meninggal pada waktu pagi setiap hari jumaat tidak kira umur, jantina mahu pun tahap kesihatan mereka.
Perkara ini membuatkan doktor di hospital tersebut menjadi binggung dan sungguh pelik. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut dengan meletakkan sebuah CCTV di dinding yang berhampiran dengan katil tersebut.
Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Pada hari jumaat yang berikutnya, semua doktor yang terlibat sudah bersiap sedia untuk melihat dan mencari punca sebenar kejadian pelik yang berlaku di wad ICU hospital tersebut.
Tepat jam sembilan pagi, pintu bilik wad ICU tersebut di buka dan kelihatan makcik Halimah Jongang, seorang cleaner sambilan memasuki wad ICU tersebut untuk membersihkan wad seperti biasa.
Makcik Halimah Jongang adalah seorang cleaner sambilan yang bekerja di hospital tersebut pada setiap hari jumaat, sabtu dan juga ahad. Mengikut jadual yang telah di tetapkan, makcik Halimah Jongang akan membersihkan wad ICU tersebut pada setiap hari jumaat.
Seperti biasa, beliau memasuki wad tersebut dan menghampiri katil keramat yang sering kali meragut nyawa setiap kali hari jumaat menjelma. Lalu dia mencabut plug alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vakum cleanernya….

Khamis, 14 Julai 2011

Membaca Al-fatihah Dengan Menggunakan Suara Hati

Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.
Cari benang cuba masukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh. ?

Bagus sekali... .

Sekarang keluarkan benang dari lubang jarum tersebut. Masukkan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut. Sekarang cuba perhatikan nafas anda. Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari.? . Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.

semakin anda memperlahankan nafas anda anda semakin mudah berkosentrasi memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha. Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.Ketenangan itu merupakan syarat yang paling di galakan dalam membaca ayat suci.

Hari ini saya ingin memasukan "benang" Al Fatihah kedalam "Lubang Jarum" Hati anda. Mari kita sama lakukan bersama agar "jarum hati" anda sentiasa tajam dan mudah menembusi hijap zulmah yang bersarang dalam fikiran anda.

Latihan
dengan nyaman dan selesa, anda boleh lakukan di atas kerusi atau bersila di atas lantai.

1.Tarik nafas melalui hidung,lepas nafas perlahan lahan melalui mulut.Lakukan 37 kali. ( merupakan pusingan nafas dari Beta Ke Alpha). Jangan di bayangkan apa-apa pun termasuk kalimah atau pun cahaya , sebab visualisasi merupakan permainan minda juga. Anda tetap tidak dapat menembusi hijap minda.

2. Sebut kan kalimah allah dari halkum anda. Hubungan antara buah halkum dengan fikiran sangat berkaitan antara satu sama lain.

3. Arahkan kalimah tersebut pada dua jari di atas susu kanan anda. Ingat suara zikir anda harus berasal dari suara hati anda. Persoalanya manakah suara hati dan manakah suara fikiran anda?. Saya tinggalkan persoalan ini tanpa saya menjawabnya. Saya akan menjawapnya pada perengan yang seterusnya. Teruskan bersuara dengan lafas Allah. Arahkan suara tersebut dari buah halkum anda kemudian suara tersebut menuju pada 2 jari di atas susu anda. Ucapkan berulang ulang, paling sedikit 100x ulangan.Ingat hanya suara bukan bayangan kalimah atau cahaya yang anda ciptakan dari fikiran anda.

4. Kemudian sila tungkatkan lidah anda di atas lelangit mulut anda. Ucapkan kalimah tersebut dengan lidah di tungkatkan di lelangit mulut anda. Nah disini anda dapat merasakan perbezaan suara yang keluar tersebut. Suaranya lebih lembut dan lebih jelas sebutanya. lebih mantap sebutanya.Inilah suara awal yang kita pancing dari hati nurani anda. Ulangi sebanyak 100x lagi sehingga anda berada 1/2 di tubuh anda dan separuh lagi berada di dalam hati anda. Ulangi lagi proses ini sehingga fikiran dan diri anda berada 100% dalam jiwa dan hati anda. Bila berada disini ciptakan "anchor" untuk diri anda dengan cara berdoa" ya allah setiap kali hamba mu berzikir "Allah" saya berada dalam keadaan ini 100x kali ganda lebih cepat dan semakin dekat dengan mu ya Allah"

5. Mulalah membaca Alfatihah dengan menggunakan suara hati anda, dengan cara menungkat lidah di atas lelangit mulut anda. Anda akan merasakan sesuatu yang sangat luar biasa tentang Kehebatan Al Fatihah ini. Dengan Izin Allah... ... . ... wasalam.
Blogged.my